Majalah Online


30 Julai 2010

Jabatan Bomba dan Penyelamat

Pada 27 Julai 2010,Jabatan Bomba dan Penyelamat telah datang ke SK Bota Kiri untuk membuat latihan kebakaran.....Tepat jam 9.00pagi loceng keselamatan dibunyikan...Semua murid dan guru berlari dan berkumpul ke hujung padang sekolah.....Salah seorang dari anggota Bomba telah memberi arahan dan taklimat kepada murid-murid.....

setelah mendengar arahan dari anggota bomba,murid-murid berbaris dan berjalan menuju ke dewan sekolah untuk mendengar ceramah tentang kebakaran....Tapi sebelum tu tengok la cikgu-cikgu,sempat lagi bergambar dengan jentera bomba.....

Setelah berkumpul di dewan sekolah,Pn Amilia Yatina selaku pengacara majlis menjemput Guru Besar untuk menyampaikan sepatah dua kata seterusnya menjemput En Muniady selaku penceramah pada hari tersebut...

Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada anggota bomba dari Seri Iskandar keran sudi datang ke sekolah untuk memberi taklimat dan ceramah mengenai kebakaran...




En Muniady menunjukkan alat pemadam api kepada murid dan guru SK Bota Kiri..




Setelah itu,salah seorang anggota bomba membuat demostrasi memadam api menggunakan alat pemadam api...

Dua orang pelajar telah dipilih untuk membuat demostrasi memadam api....

Pn Hjh Umi Salmah (PK HEM) juga turut menyertai latihan memadam api...

tidak ketinggalan,Guru Besar SK Bota Kiri....

Anggota bomba menunjukkan alatan yang ada pada jentera bomba...


Sebelum anggota bomba pulang,kami meyediakan sedikit jamuan dan saguhati kepada mereka...kami warga SK Bota Kiri mengucapkan terima kasih dan berharap anggota bomba dan penyelamat Seri Iskandar dapat datang lagi ke sekolah kami dan memberi ceramah kesedaran mengenai kebakaran kepada kami....
Sebelum jentera bergerak,kami sempat merakamkan beberapa keping gambar bersama anggota bomba yang berani......
Tahniah Wira Negara......

28 Julai 2010

Majlis Pelancaran Nama Baru
SEKOLAH KEBANGSAAN CIKGU MIOR SHAHARUDDIN

Pada 26 Julai 2010,kelab kompang sekolah kebangsaan Bota Kiri telah dijemput membuat persembahan kompang mengiringi Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia, YB Dato (Dr) Asariah Binti Mior Shaharuddin sempena pelancaran nama baru Sekolah Kebangsaan Cikgu Mior Shaharuddin.
Bergambar sebelum Dato sampai. Walaupun kecil-kecil budak kompang ni,tapi kuat pukulannya..biasalah,Kecil-kecil cili api...

Setelah menunggu 30minit,Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia,Dato (Dr) Asariah Binti Mior Shaharuddin pun sampai. Kumpulan kompang siap sedia dibelakang.

Kumpulan kompang Sekolah Bota Kiri mulakan kompang sambil berselawat.

Ketua kompang adik Luqman Al Hakim memberi isyarat untuk berhenti palu kompang.

Tengok la kumpulan kompang ni,bagus betul masih duduk dalam barisan sambil menunggu Dato berjalan masuk ke perkarangan sekolah.

Setelah selesai kompang mengiring Dato,kumpulan kompang diberi tempat duduk untuk mendengar ucapan dan melihat persembahan dari sekolah Cikgu Mior Shaharuddin dan sekolah Iskandar Shah Parit.



Biasalah kalau lepas kompang budak-budak ni keletihan..sampai ada yang tertidur tak perasan orang ambil gambar dia.. Letih sangat la tu...


PSKPP

Netball PSKPP negeri....

telah berlangsung di Matrik Gopeng Perak....walaupun kami tewas,tapi kami seronok dapat join PSKPP untuk semua kakitangan KPM ni...

Nie gambar selepas tewas dengan Daerah Manjung...hehe..walaupun tewas kami tetap senyum....lawan dengan Manjung memang best....tengok lah gambar Cikgu Zakiah tu....sengih jer....

Selepas tewas bola jaring,kami tetap tak putus asa untuk makan...haha...tengok la gambar ni...masing-masing dengan makanan sendiri....makan dan makan dan makan.....lepas makan kami main bowling plak...

Ni la gambar kami time main bowling....yang baju hitam tu la juara...JUARA LONGKANG...hahaha...apa-apa pun Kak Ieka memang hebat...dia yang menang......Penulis Blog nie hanya dapat jatuhkan 135pin jer...hua hua....