Majalah Online


23 Disember 2009

TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA KE SEKOLAH ASRAMA PENUH

6 daripada 9 calon UPSR yang mendapat 5 A dalam UPSR 2009 telah ditawarkan ke sekolah-sekolah asrama penuh pada 11 Januari 2010. Mohd Syahmie dan Irfan Joharee ditawarkan ke SEMESTI (SM Sains Teluk Intan), Hafidzul ditawarkan ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Syed Azamudin ke Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, Farhan Azri ke Intergrasi Gopeng dan Hajar Asyikin ke SBP Tun Fatimah Johor. Warga SK Bota Kiri mengucapkan syabas dan semoga berjaya menempuh segala rintangan dan cabaran. 3 lagi dalam proses rayuan ialah Noor Ain Najwa, Nor Shadirah dan Nor Shafaniz.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan