Majalah Online


05 Januari 2011

Majlis Makan Malam Sempena Persaraan Guru Besar

Pada malam tahun baru 2011,semua sibuk meraikan tahun baru.Tapi warga SK Bota Kiri sibuk meraikan Guru Besar SK Bota Kiri Tn Hj Mohamed Anuar B. Hj Abdullah yang akan bersara wajib pada 5 Januari 2011.Majlis makan malam telah diadakan di Horizon Garden Seri Manjung Perak.Selain itu warga SKBK juga meraikan 2 orang guru yang akan bertukar ke sekolah lain.Iaitu Ustaz Abdul Hadi B. Mohd Nor dan Pn Zihaniza Bt Hassan.

Ustaz Abdul Hadi akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Gelong Gajah,Beruas.
Pn Zihaniza akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan,Seri Manjung.


Majlis diserikan lagi dengan pasukan kompang dan Tarian dari
Kelab Kebudayaan Seri Perdana Seri Manjung.


Yang diraikan disambut dengan kompang dan diiring masuk ke Horizon Garden.




Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan menjamu selera.



Sementara guru-guru dan hadirin menjamu selera,Pasukan Tarian dari KKSP membuat persembahan tarian.




Sepatah dua kata dari guru yang akan pindah,Ust Abdul Hadi.


Guru Besar menyampaikan ucapan.Beliau menceritakan serba sedikit pengalaman sepanjang mengajar di SKBK..



Petugas-petugas penting sepanjang majlis.




Guru Besar menyampaiakan cenderamata kepada tetamu dan guru-guru yang hadir.Mantan Guru Penolong Kanan SKBK juga turut hadir pada malam itu.


Guru Besar bergambar bersama warga SKBK dan Keluarga sebagai tanda kenang-kenangan.


Sesi bergambar bersama yang diraikan.


Sempat lagi Tn Hj Zainal bergambar bersama Ust Abdul Hadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan