Majalah Online


28 Julai 2010

Majlis Pelancaran Nama Baru
SEKOLAH KEBANGSAAN CIKGU MIOR SHAHARUDDIN

Pada 26 Julai 2010,kelab kompang sekolah kebangsaan Bota Kiri telah dijemput membuat persembahan kompang mengiringi Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia, YB Dato (Dr) Asariah Binti Mior Shaharuddin sempena pelancaran nama baru Sekolah Kebangsaan Cikgu Mior Shaharuddin.
Bergambar sebelum Dato sampai. Walaupun kecil-kecil budak kompang ni,tapi kuat pukulannya..biasalah,Kecil-kecil cili api...

Setelah menunggu 30minit,Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia,Dato (Dr) Asariah Binti Mior Shaharuddin pun sampai. Kumpulan kompang siap sedia dibelakang.

Kumpulan kompang Sekolah Bota Kiri mulakan kompang sambil berselawat.

Ketua kompang adik Luqman Al Hakim memberi isyarat untuk berhenti palu kompang.

Tengok la kumpulan kompang ni,bagus betul masih duduk dalam barisan sambil menunggu Dato berjalan masuk ke perkarangan sekolah.

Setelah selesai kompang mengiring Dato,kumpulan kompang diberi tempat duduk untuk mendengar ucapan dan melihat persembahan dari sekolah Cikgu Mior Shaharuddin dan sekolah Iskandar Shah Parit.



Biasalah kalau lepas kompang budak-budak ni keletihan..sampai ada yang tertidur tak perasan orang ambil gambar dia.. Letih sangat la tu...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan